Saturday, March 28, 2009

Contoh-contoh sangkar ikan persisiran pantai











Thursday, March 12, 2009

Dana Nelayan LKIM

Dana Nelayan merupakan Tabung Pinjaman Mudah khusus untuk nelayan pantai bagi meningkatkan pendapatan dan produktiviti tangkapan.

Tujuan Pembiayaan Dana Nelayan
1. Membeli / mengganti bot, enjin, pukat dan peralatan.
2. Pinjaman kecemasan / segera
3. Modal pusingan projek pemasaran Persatuan Nelayan.

Syarat Pinjaman
1. Menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)
2. Memiliki lesen vesel yang sah.
3. Menjalankan sendiri kerja-kerja penangkapan ikan.
4. Menjual hasil tangkapan ikan kepada PNK.

Had Pinjaman
Ditentukan mengikut lima skim yang digariskan oleh LKIM iaitu :-
1. Skim Pinjaman Nelayan Pantai (SNEP)
2. Skim Pinjaman Nelayan Enjin Dalam (SNED)
3. Skim Pinjaman Nelayan Komersial (SNEK)
4. Skim Pinjaman Perumahan Nelayan (SPEN)
5. Skim Pinjaman Pembangunan Institusi Nelayan (SPIN)

SKIM PINJAMAN NELAYAN PANTAI (SNEP)
Skim ini adalah pinjaman kepada nelayan pantai bagi membiayai aktiviti sector perikanan dalam meningkatkan keupayaan bot, peralatan dan kelengkapan tradisi sedia ada kea rah penggunaan teknologi yang lebih berinovasi.

Had pembiayaan : Minima adalah RM1,000.00 Maksima adalah RM25,000.00
Faedah : Tiada faedah dikenakan.
Tempoh pinjaman : 6 tahun


SKIM PINJAMAN NELAYAN ENJIN DALAM (SNED)
Skim ini adalah pinjaman kepada nelayan bagi membiayai aktiviti sector perikanan untuk bot-bot enjin dalam mengikut zon A, B dan C.

Had Pembiayaan : Minima adalah RM5,000.00 Maksima adalah RM70,000.00
Faedah : Faedah 2% setahun dikenakan.
Tempoh pinjaman : 6 tahun


SKIM PINJAMAN NELAYAN KOMERSIAL (SNEK)
Skim ini adalah pinjaman kepada usahawan nelayan bagi membiayai sebarang aktiviti berkaitan projek perikanan, pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran termasuk bahan input atau kegunaan produk yang berkaitan dengan perikanan.

Had pembiayaan : Minima adalah RM10,000.00 Maksima adalah RM3,000,000.00 bagi setiap Persatuan Nelayan/syarikat.
Faedah : Faedah 2% setahun dikenakan.
Tempoh Pinjaman : 6 tahun


SKIM PINJAMAN PERUMAHAN NELAYAN (SPEN)
Skim ini adalah pinjaman secara sewabeli untuk membiayai pembelian rumah khusus kepada nelayan bagi prjek perumahan yang dibangunkan / disediakan / dibiayai oleh LKIM / KPLB/ Kerajaan Negeri / Pusat.

Had Pembiayaan : Minima adalah RM5,000,000.00 bagi setiap Persatuan Nelayan
Faedah : Faedah 2% setahun dikenakan.


SKIM PINJAMAN PEMBANGUNAN INSTITUSI NELAYAN (SPIN)
Skim ini adalah pinjaman kepada Persatuan Nelayan bagi membiayai projek ekonomi yang berkait rapat dengan aktiviti perikanan, akuakultur dan pemprosesan.

Had Pembiayaan : Minima adalah RM10,000.00 Maksima adalah RM3,000,000.00 bagi setiap Persatuan Nelayan.
Faedah : Faedah 2% setahun dikenakan.
Tempoh Pinjaman : 8 tahun


Cara Permohonan
  1. Borang-borang permohonan boleh didapati di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang berhampiran dengan kediaman atau Pejabat LKIM Negeri.
  2. Borang yang telah siap diisi hendaklah dikemukakan melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).
  3. PNK akan meneliti dan mengesahkan permohonan tersebut kepada Urusetia di Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Institusi Nelayan (PMN) di Ibu Pejabat LKIM.
Kaedah Bayaran Balik
Bagi peserta individu (melalui PNK) :-
Bayaran balik (ansuran) pinjaman adalah melalui potongan hasil jualan ikan kepada PNK. Jumlah bayaran ansuran bulanan adalah bergantung kepada jumlah pinjaman tetapi tidak melebihi 72 kali ansuran ( 6 tahun ).

Bagi institusi (PNK) :-
Bayaran balik (ansuran) pinjaman oleh institusi kepada LKIM berdasarkan jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman serta dibayar terus kepada LKIM.

sumber info

Monday, March 9, 2009

Semua Pengusaha Industri Akuakultur Di Sabah Akan Dilesenkan Secara Berperingkat

27 November 2008 TAWAU, 27 Nov (Bernama) -- Semua pengusaha industri akuakultur di Sabah akan dilesenkan secara berperingkat bagi memastikan industri berkenaan lebih terurus dan dinamik seterusnya mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi Sabah.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Bobbey Suan berkata semua pengusaha industri akuakultur yang memiliki kawasan ternakan melebihi 0.3 hektar dimestikan memiliki lesen selaras dengan Enakmen Perikanan Darat dan Akuakultur 2003. "Kita mahu supaya produk-produk akuakultur kita lebih terjamin.

Sekarang ini negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mahu supaya produk-produk kita memenuhi keperluan tertentu seperti selamat dan bersih. "Jadi kitapun dari masa ke semasa perlu meningkatkan produk-produk perikanan kita dari aspek tersebut bagi memudahkan kita mengeksport produk berkenaan ke luar negara.

Pelanggan pun tidak akan ragu-ragu dengan produk kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perlancaran Program Pelesenan Akuakultur Negeri Sabah di sini hari ini. Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Yahya Hussin. Katanya sebelum ini memang ada pelanggan yang mempersoalkan kualiti produk akuakultur dari Sabah sehingga ada antara mereka enggan membeli produk berkenaan menyebabkan Sabah kerugian kira-kira RM80 juta.

Sebab itu katanya produk akuakultur dari Sabah perlu diurus dan dikawal supaya ia sentiasa mematuhi piawaian antarabangsa. Kini terdapat 2,635 pengusaha akuakultur air payau dan 7,000 pengusaha akuakultur air tawar di Sabah dan aktiviti pengusaha berkenaan perlu dikawal bagi memastikan produk mereka bukan sahaja mematuhi kehendak pelanggan tetapi juga bagi mencegah sebarang unsur pencemaran alam sekitar.

Menurut Suan Jabatan Perikanan Sabah sudah memiliki bank data mengenai semua pengusaha industri akuakultur di negeri ini dan pada masa ini sedang meneliti semua permohonan yang diterima sebelum lesen dikeluarkan. Bagaimanapun, katanya keutamaan penguatkuasaan pelesenan berkenaan akan ditumpukan kepada pengusaha atau syarikat-syarikat besar sebelum diperluaskan kepada pengusaha kecil.

-- BERNAMA

sumber berita

Saturday, March 7, 2009

Kerapu Bara

Ikan Kerapu Bara atau nama saintifiknya Cephalopholis sonnerati merupakan sejenis ikan air masin.

Ikan Kerapu Bara merupakan ikan badan tebal dengan bonggol di bahagian kepala. Ia mempunyai warna merah kepada kuning bata-merah atau perang, kdang-kala dengan tompok perang, merah atau putih. Ia mampu membesar sehingga sepanjang 58 cm.

Spesies (benthic) tinggal di kawasan terumbu karang dan air tropika Timur-Indo dan Tengah Pasifik, pada kedalaman antara 30 m hingga 100 m.







 

NM AQUA ENTERPRISE ©. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc