Monday, June 22, 2009

Borneo Aqua jadi perintis ke Mesdaq

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Borneo Aqua Harvest Bhd. adalah syarikat berpangkalan di Sabah yang pertama dan dan syarikat bioteknologi marin bersepadu pertama disenaraikan di pasaran Mesdaq di Bursa Malaysia.

Prospektusnya telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman di Sandakan hari Sabtu lalu sempena urusan pengapungannya untuk mengumpul sejumlah RM38.050 juta melalui kedua-dua Terbitan Hak dan Terbitan Awamnya.



Borneo Aqua akan menerbitkan sejumlah RM25.0 juta saham biasa baru pada RM1.50 sesaham yang mana 22.5 juta akan ditempatkan kepada pelabur-pelabur dikenal pasti dan 2.5 juta bagi langganan awam dan pengarah-pengarah dan kakitangan kumpulan itu yang layak.

Syarikat itu adalah satu daripada segilintir syarikat bioteknologi marin bersepadu di Malaysia yang telah berjaya dalam industri akuakultur, kata Borneo Aqua dalam satu kenyataan di sini hari ini. Aktiviti-aktiviti perniagaan Borneo Aqua dijalankan oleh dua anak syarikat milik penuh iaitu Plentiful Harvest Sdn. Bhd. dan Marine Terrace Sdn. Bhd.

Sementara itu, Borneo Aqua diperakui sebagai syarikat pertama di negara ini telah berjaya mengeluarkan secara besar-besaran benih ikan Kerapu Marmar, Ikan Merah Malabar dan Kerapu Trout Karang untuk tujuan komersial.Ini dikatakan sebagai satu pencapaian yang penting bukan sahaja untuk Borneo Aqua tetapi juga untuk industri perikanan kerana kebanyakan benih ikan bagi tujuan ternakan di Malaysia kini diimport dari Taiwan dan Indonesia disebabkan sekatan bekalan tempatan.

Pencapaiannya yang lain termasuk kejayaan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunannya (R&D) dan pengalaman ahli-ahli biologi marinnya. Sementara itu, kemudahan-kemudahan bioteknologi marinnya semuanya terletak dengan strategik di Sandakan, Sabah di mana pusat-pusat R&D dan penetasan berpangkalan di ibu pejabatnya di Sungai Kampung Kayu.

Satu lagi pusat R&D adalah di Pulau Berhala yang mana aktiviti-aktiviti pembiakan dan ternakan ikannya dijalankan. Borneo Aqua berkata, ia juga akan mengendalikan kajian kemungkinan di beberapa negara di rantau Asia Pasifik untuk membangunkan ikatan strategik dengan pemborong-pemborong antarbangsa.

http://www.borneoaqua.com.my

Utusan Malaysia, 2005-08-09

1 comments:

izzi said...

Nicely done article and interesting information. Thanks for your hard work on such a topic.
business lawyer malaysia

Post a Comment

 

NM AQUA ENTERPRISE ©. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc